Welcome~!


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


11/23/08

Sisolucrebut Muiretcabocym


Berbulan kau di tanah,
bertahun kau di buku,
berkurun lama usia keturunan kau,
saban hari,
saban tahun,
berjuta berbilion mangsa kau tumpaskan.

Si arif temui senjata,
kau pula membina kubu dan perisai,

Apa yang kau mahu?
mengapa sebegini kau bertingkah laku?

Andai si hamba rokok tembakau itu mangsa kau,
aku mengerti,
aku fahami,
itu adalah balasan menghambakan diri kepada si tembakau.

tapi mengapa sekecil itu,
si kecil yang seawal usia itu turut kau korbankan,
tidakkah kau kasihan?
tinggap dunia baru dijengah,
kau serbu dan menyerang.

Aku amat kasihan!
tidakkah kau?

2 Apo nak di kato?:

cuteaslina said...

huhu...sungguh saintifik sajak anda...saya amat terharu sampai dah mereng2 sebab nak cube paham ape yg anda ingin keutarakan dan keselatankan sebenarnye nih...

yee...nanti aku wat sajak engineering plak...wakaka!!!

Anonymous said...

camni..orang nk buat sajak architecture jugaklah pulak..hahaha..tapi..nanti dia buat editing..hahahaha...(saja2 nk tambah kerja dia sket)