Welcome~!


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


9/27/08

Alzheimer penyebab nyanyuk

OLEH RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah@utusan.com.my
Sel-sel Alzheimer

PENYAKIT Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.

Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.
Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih sepuluh hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.

Menurut Pakar Runding Geriatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Philip Poi Jun Hua, Alzheimer sejenis penyakit otak degeneratif yang dialami oleh kira-kira 24 juta orang di seluruh dunia.

"Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.

"Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit. Kaedah pemberian ubat baru ini memberikan pilihan tambahan yang amat dihargai kepada kira-kira 50,000 rakyat Malaysia lanjut usia yang menghidap penyakit ini," katanya ketika majlis pelancaran rawatan transdermal penyakit Alzheimer's, Exelon Patch.

Sementara itu, Ketua Perubatan, Novartis Corporation (Malaysia), Dr Premila Paranchothy, memberitahu, rawatan ini menawarkan manfaat terapeutik yang unik dengan mengekalkan kandungan ubat yang sama dalam aliran darah, lantas mengurangkan kesan sampingan gastrousus seperti loya dan muntah.

"Keupayaan memberi pesakit rawatan yang berkesan menerusi tampalan yang mudah dan senang digunakan merupakan satu kemajuan besar. Bagi penjaga, tampalan ini memberikan jaminan yang nyata bahawa pesakit telah mengambil ubat, jadi mereka tidak perlu lagi bimbang tentang perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Philip memberitahu, Alzheimer sekarang menjadi masalah kesihatan umum utama yang semakin serius dihadapi oleh golongan warga emas dan memerlukan penjagaan keluarga mereka.

"Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang," katanya.

Tambah Dr. Philip, berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah.

"Penyakit Alzheimer bukan hanya nyanyuk yang disebabkan proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit. Ia menyebabkan keupayaan fungsi otak menurun dan memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang," jelasnya.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Menurut Dr. Philip, simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.

Jelasnya, sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahu, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.

Dr. Philip memberitahu, dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.

Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.

"Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.

Menurutnya, sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.

"Mengesan gejala Alzheimer pada peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal demetia. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif," katanya.

Dr. Philip menjelaskan, ketika diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.

Mengimbas sejarah Alzheimer, penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Dementia boleh dibahagikan kepada dua, pertama dementia berbalik (reversable) yang boleh dikawal dan kedua tidak berbalik iaitu kekal. Hasil daripada bedah siasat terhadap seorang wanita, Dr. Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.

Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.

Berikut merupakan sedikit panduan bagi keluarga yang ingin menangani ahli keluarga mereka yang menghidap Alzheimer:

  • Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.

  • Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.

  • Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.

  • Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.

  • Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.

  • Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.

  • Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.

9/19/08

Kisah kopi dan cawannya


Sekadar nak berkongsi ilmu.

Saya minat sangat cerita kat bawah nie tapi dah tak ingat kat link maner. Moga kiter semua dapat manfaatnya bersama.




Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata: "Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.

"Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah".

Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya. Nikmatilah kehidupan yang ada.




Semoga dapat dijadikan iktibar dari kisah di atas. wallahualam

9/14/08

BACALAH!

Saturday, 13 September, 2008 8:08 AM
Subject: Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Message: Pesan Professor
Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz


Nauzubillah.


Tolong sebarkan kawan2 ku.....

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang
famousnya

ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut

kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah

kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti

wilayah persekutuan telah mengeluarkan

fatwa
bahawa " segala tugu-tugu itu

serta pembinaannya adalah haram....

ciri-cirinya menyerupai berhala...dan

melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia

digazetkan bermakna tindakan undang2

boleh dikenekan kepada sesiapa yang

melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka

akan

keputusan itu maka disuruhnya pihak

mufti menarik balik fatwa itu... Setelah

berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu

menarik balik fatwa itu... Maka pihak

atasan
telah menarik balik gazet

tersebut maka apa yang tinggal ialah

fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2

yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2

ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... " bawalah dosa anda

sebesar langit dan bumi kepada Allah dan

Allah mungkin akan mengampunkannya

tetapi jika terdapat walau

sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik

maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi... " walaupun kita

tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita

'redha' atau tidak melakukan apa2,

berdiam diri, maka kita juga akan

mendapat dosa tersebut iaitu
dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam

perbincangan dosa syirik ini ialah nama

negeri perlis iaitu perlis indera

kayangan... " Menurut kamus dewan...

indera bermaksud nama tuhan hindu

manakala kayangan bermaksud tempat di

mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna

sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "

Menurut beliau... Nama perlis ini juga

mendatangkan dosa syirik... Perkara

terakhir yang dibincangkan ialah isu

perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan

Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak

boleh dipakai jika ia bertentangan

dengan undang2 yang telah dinyatakan di

dalam perlembagaan termasuklah undang2

hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.
Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan

membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Dengn ini selesailah tanggungjawab aku


Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN

yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu

ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON


Jangan sesekali layari laman web !http://www.thequran....... com (Father Zakaria)
kerana

segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat

Islam seramai

yang mungkin!!!

Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM

9/5/08

Home sick!!!

To be honest, i've nvr felt home sick like this b4. i hate it!!!!

tak tau la nape taun nih rase home sick sgt2. rase cam x best jer dok kat russia nih. ntah ape yg dah terjadi aku pun x tau. Maybe sbb taun nih the coolest and havoxest senior dah x de kot.

Ah 10 sept nih ade paper Int med. Hopefully i manage to do the exam hapily!!! huhuhhuh

9/4/08

Hati ku terluka lagi berdarah!!!

Ku ingin berlari membawa hati,
namun ianya tlh kau kunci,
dimana letaknya ku tak pasti,
dlm paksaan ku masih menanti,
ku rasa spt tak dihargai,
mendamba diri pada yang tak sudi,
mengapa dicuri hati ku yg sepi,
simpannya tidak buangnya belum pasti....

2/19/08

Online friends!

Time Kaseh kak Nat!

huhuhh entri ni untuk kak nat yang recently bg aku hadiah. hehehehe.

Buat kak nat ni plak hadiah dari saya!



pleasureyourpage.com


Hadiah ni juga wat sume kengkawan online aku yang lain!!!!!! u guys rowks!

1/1/08

NEW YEAR!!!

Happy New Year 2008!!!
Selamat Tahun Baru 2008!!!
C Novim Godam 2008!!!

May this year bring more prosperity and joy. Hope my life will be better, much much better then past years.......